Sunday 29 April 2012

Bahasa Melayu Tahun 2

Kemahiran : Aspek Seni Bahasa

Standard Pembelajaran : 4.1.1

Objektif : Murid boleh menyebut senikata lagu dan menyanyikan mengikut irama yang betul


Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur

Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji

Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja

Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga
Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi

Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar

Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang

Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua

Anak lembu merah
Tambat di pokok asam
Adik kena marah
Tarik muka masam

Burung Kakak Tua
Hinggap  di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tingal dua

Burung Kakak Tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat

Burung Kakak Tua
Bersarang celah batu
Badan sudah tua
Gigi jarang sana satu

Durian atas titi
Pisang dalam dulang
Sukanya rasa hati
Abang sudah pulang

Anak kumbang jati
Suka korek tiang
Senang rasa hati
Emak sudah pulang

Geylang si paku Geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama

Ayun anak ayun
Ayun hujung serambi
Bangun adik bangun
Jangan tidur tinggi hari

Oh bulan mana bintang?
Atas puncak kayu ara
Oh tuan mana hilang?
Dalam dapur atas para

Buai kaduk-kaduk
Kaduk naik ke rimba
Panjang janggut datuk
Buat tali timba
——————————

Wednesday 25 April 2012



Itu yang terjadi jika terlalu mengharapkan manusia, mengadulah kepada Yang Esa, sesungguhnya Dia Maha Mendengar....Berdoalah ~~


Buku: Dunia Tanpa Sempadan

POSTER PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 telah kembali. 27 April hingga 6 Mei, seminggu jugaklah tu. Jom kita meriahkan pesta buku ini, bawa sekeluarga menyemarakkan semangat membaca dikalangan mereka. Saya pun tak sabar nak mencari-cari buku yang dirancang di celah celah keramaian orang di sana nanti. Harap-harap dipermudahkan urusan...~ amin.. Sekolah ada mengelolakan lawatan satu bas ke pesta buku ni, dah jadi acara tahunan pula, tiap tiap tahun penuh 44 seat bas, yang tak sempat nak tempah seat, alamat terpaksalah duduk sebelah driver, hehe...bersemangat sungguh! Sesungguhnya ayat Al-Quran Al Karim yang pertama adalah iqra-bacalah!, Demi nama Tuhan mu. Jadi, ape lagi, jom kita meramaikan Pesta Buku Antarabangsa 2012 ini :)


Friday 20 April 2012

7 Cara-cara Membasuh Tangan Dengan Betul



Makro Pengajaran ini dijalankan di Makmal ICT bersama-sama murid kelas Tahun 2 Pintar.

Tuesday 10 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 2 - Tema Sihat dan Cerdas


saringan linus khas tahun 3 2012


Murid-murid tahun 3 begitu serius menjalani Saringan Linus Khas  Literasi


Cikgu hanya memantau dan tidak boleh sesekali memberi tunjukajar


Saringan Linus Khas diadakan bagi menyaring murid-murid melepasi Literasi dan Numerasi





Friday 6 April 2012

Jenis-jenis rumah di Malaysia




Topik ini adalah topik dalam Kajian Tempatan tahun 4

Murid-murid telah belajar mengenai petempatan awal, faktor mempengaruhi kepadatan, dan fungsi rumah.

Guru boleh menerangkan mengenai dua jenis rumah yang terdapat di Malaysia iaitu rumah tradisional dan rumah moden.

Rumah tradisional ialah rumah yang dibina secara tradisi dan dibina oleh tukang kayu menggunakan kemahiran tradisi seperti sebuah rumah menggunakan pasak iaitu tanpa paku. Rumah sebegini biasanya terdapat di kampung, tetapi ada juga rumah yang telah dibaik pulih dan menjadi muzium atau pameran untuk orang ramai. Rumah tradisional dibina menggunakan hasil alam seperti kayu meranti, nyatoh dan sebagainya

Rumah moden ialah rumah seperti banglo, teres, pangsapuri. Rumah begini dibina dengan kepakaran serta teknologi moden. Rumah moden pula dibina menggunakan batu bata, simen, besi, dan kaca.

contoh rumah tradisional :

rumah limas Johor




rumah Minangkabau

Rumah Pahang



Rumah Melaka



Rumah Kutai (Perak)


Rumah Bajau (Sabah)



Rumah tinggi Melanau (Sarawak)



rumah moden




rumah banglo


rumah teres


rumah pangsa



Wednesday 4 April 2012

Keunikan adat perpatih

PEPATAH `biar mati anak, jangan mati adat' cukup sinonim dengan budaya masyarakat pengamal adat Perpatih di Negeri Sembilan. Malah adat yang datang ke negeri ini sejak abad ke-15 dari Minangkabau secara bergelombang, mula terasa bahang empayarnya selepas abad ke-17.
Penghijrah Minangkabau yang pada awalnya memilih untuk menetap di kawasan pedalaman berikutan suasana alam yang sama di Negeri Sembilan, turut melabuhkan noktah di situ selepas cuba bersembunyi daripada serangan lanun pantai.
Selepas itu, dengan termeterainya satu perjanjian bersama atau loghat Negeri Sembilan - pepauh antara Datuk Perpatih Pinang Nan Sebatang dengan Datuk Ketemenggongan, maka satu perdamaian tercetus di mana kawasan laut diserahkan kepada Datuk Ketemenggongan, manakala kawasan darat dipunyai oleh Datuk Perpatih.
Maka sehingga hari ini, suasana itu terbukti apabila daerah Port Dickson bukan merupakan pengamal adat Perpatih, sementara daerah seperti Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah dinobat sebagai antara pengikut kuat kepada adat ini.
Inilah antara keunikan adat Perpatih yang cuba ditonjolkan pada Pesta Persukuan Adat Perpatih 2001 yang berlangsung pada 5 hingga 7 Mei ini di Dewan Baru Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Persoalannya, sejauh mana masyarakat negara ini memahami tentang adat Perpatih?
Adat Perpatih merupakan suatu peraturan hidup yang sistematik dengan berteraskan keharmonian hidup masyarakat yang diamalkan oleh orang Negeri Sembilan dan Naning di Melaka.
Sebagai satu cara hidup, adat Perpatih mempunyai peraturan asas yang tidak boleh diubah langsung.
Perkara asas itu termasuklah hidup bersuku, mengira keturunan daripada nasab ibu, perwarisan tanah pusaka dan lain-lain lagi.
Sistem sosial tersebut mengandungi sistem nilai, sistem kekeluargaan, sistem politik dan sistem hukum adat yang lengkap.
Oleh yang demikian, sistem adat Perpatih terdapat sistem perut dan suku. `Perut' adalah unit terkecil di dalam sistem adat Perpatih dan beberapa `Perut' lain akan membentuk `Suku'. Tiap-tiap `Perut' akan diikuti seorang `Buapak', sementara setiap `Suku' diketuai oleh seorang `Lembaga'.
Selain itu dalam sistem politik adat Perpatih terdapat juga jawatan Undang yang menerajui Luak.

Satu lagi keunikan yang cuba ditonjolkan pada pesta berkenaan ialah kehebatan sistem harta pusaka di mana barang peninggalan itu dianggap pusaka seperti rumah, tanah, barang kemas dan lain-lain yang hanya boleh diwarisi oleh anak perempuan sahaja.
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Seminar, Pameran dan Bahasa Bicara, Ismail Abdul Hadi berkata, sempena pesta tiga hari itu, satu seminar berkaitan adat Perpatih akan diadakan pada hari ini (Jumaat), yang mana antara lain membincangkan dengan panjang lebar berhubung adat Perpatih.
Menurutnya, seminar itu akan dihadiri kira-kira 500 peserta yang terdiri daripada Datuk Lembaga, Buapak, Besar Waris, Ibu Soko, guru dan pelajar.
Dalam pertemuan itu nanti pembicara, Datuk Penghulu Simulie dari Minangkabau, H. Kamardi Rais cuba membawa pengamatan terhadap adat perkahwinan melalui adat Perpatih secara holistik.
Di samping itu juga, seorang bekas Profesor Madya dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Norhalim Ibrahim yang banyak mengkaji sejarah adat di Negeri Sembilan akan meleraikan tugasan dan peranan Buapak, Semenda, Tempat Semenda, Waris Soko dalam masyarakat adat.
Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku di mana sembilan datang dari Minangkabau iaitu Paya Kumbuh, Seri Lemak, Mungkal, Tanah Datar, Batu Belang, Tiga Batu, Tiga Nenek, Seri Melenggeng dan Batu Hampar, sementara selebihnya satu dari Anak Acheh dan dua lagi dari Anak Melaka.
Sementara itu, pada seminar dan Pesta Persukuan Adat Perpatih ini juga, perkisahan sosiobudaya Negeri Sembilan akan ditonjolkan menerusi masakan, minuman, budaya, tarian dan alatan permainan tradisional. Antaranya termasuklah masakan lemak cili api, nyanyian lagu Bongai (bermaksud seorang yang dihormati dan dikasihi) dan tarian lagu Chaklempong serta Tumbuk Kalang.
Sebuah buku bertajuk Setitis Tinta Abadi yang bahannya merupakan pengumpulan skrip Pesta Adat Perpatih sejak dua tahun lalu akan dilancarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.
Buku berkenaan ditulis oleh Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Ismail Abdul Hadi, Setiausaha Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan, Mohammad Tainu dan Datuk Lembaga Luak Ulu Muar, Datuk Khalid Bonget.
Anak Negeri Sembilan, khususnya dan pengkaji sejarah adat Perpatih juga akan cuba dibawa ke zaman silam dengan menyaksikan pameran purba yang memperlihatkan peralatan seperti lokar (almari), gopong (bekas air),kongkong (dapur), beliung, pelurut (alat melerai mengkuang) dan sebagainya. Pesta Persukuan Adat Perpatih memberikan keunikan kepada pengamalnya serta ketakjuban kepada yang melihatnya.